Biji kopi kelompok kecil untuk kafe indie anda.
Kami faham kafe kecil: volum tidak besar, tetapi rasa mesti konsisten. Beritahu kami menu anda, dan kami cadangkan biji serta profil bakarnya.
Siapa yang kami bekalkan
- Kafe indie dan kedai kopi baharu
- Kedai buku-kafe, galeri dan ruang komuniti
- Pop-up, homestay dan pejabat kecil
- Perniagaan dessert yang mahu menambah menu kopi
Apa yang anda dapat
Blend rumah Bab Pertama atau Kopi Petang, atau single origin Nota Kaki. Profil bakar boleh dilaras mengikut mesin dan menu anda. Jadual bakar tetap setiap minggu supaya stok anda tidak terputus.
| MOQ | 5 kg setiap pesanan (boleh campur 2 jenis) |
|---|---|
| Blend khas | Boleh dibincangkan — MOQ lebih tinggi |
| Sampel | Disediakan sebelum anda memutuskan (caj kos pos) |
| Sebut harga | Dibalas dalam 2 hari bekerja |
| Penghantaran | Seluruh Malaysia melalui kurier |
Minta sebut harga borong
Permintaan sebut harga diterima.
Kami akan membalas melalui WhatsApp dalam masa 2 hari bekerja bersama cadangan sampel. Untuk lebih pantas, hubungi kami terus.
Maklumat dihantar hanya untuk tujuan menghubungi anda. Anda boleh berhenti bila-bila masa.
Dari soalan pertama ke pesanan tetap
Cerita menu anda
Isi borang: jenis kafe, mesin, anggaran volum dan profil rasa yang dicari.
Sampel
Kami cadangkan 1–2 biji dan hantar sampel untuk anda cuba pada mesin sendiri.
Sebut harga
Harga per kg, jadual bakar dan terma bayaran dinyatakan dengan jelas.
Pesanan tetap
Pilih jadual mingguan atau dua mingguan. Boleh dilaras bila volum berubah.
Soalan yang kafe sering tanya
Adakah anda ada dokumen halal atau pendaftaran premis?
Kami masih perniagaan baharu dan belum memiliki sijil halal JAKIM. Kami akan berkongsi dokumen pensijilan apabila tersedia. Jika kafe anda memerlukan sijil halal untuk beroperasi, sila sahkan dengan kami sebelum membuat pesanan.
Bolehkah saya order kurang daripada 5 kg?
Untuk borong, MOQ ialah 5 kg. Jika anda mahu mencuba dahulu, anda boleh membeli beg runcit atau Set Rasa daripada halaman biji kopi.
Berapa lama dari tempahan hingga sampai?
Biasanya dalam minggu yang sama: tempahan ditutup Ahad, bakar Selasa, hantar Rabu atau Khamis. Pesanan tetap dijadualkan mengikut hari yang anda pilih.
Boleh bantu resipi espresso permulaan?
Boleh. Kami berkongsi nisbah dan tetapan permulaan untuk setiap biji supaya anda sampai ke rasa yang sedap lebih cepat.
Baca juga: senarai semak memilih pembekal biji kopi untuk kafe indie.