Bab Pertama
Blend rumah kami. Seimbang dan manis — sesuai untuk espresso, latte dan moka pot.
Nota rasa: coklat gelap, kacang, gula perang
Tiga profil ringkas dan satu set perkenalan. Setiap beg dibakar dalam kelompok kecil di Pulau Pinang dan dihantar ke seluruh Malaysia.
Blend rumah kami. Seimbang dan manis — sesuai untuk espresso, latte dan moka pot.
Nota rasa: coklat gelap, kacang, gula perang
Dibakar lebih gelap supaya rasa kopinya tetap berdiri bila bertemu susu dan gula melaka.
Nota rasa: koko, karamel, pekat
Single origin bakar cerah-sederhana untuk seduhan tangan. Batch bertukar mengikut musim.
Nota rasa: buah beri, bunga, teh hitam
Tiga bungkusan kecil untuk mencuba Bab Pertama, Kopi Petang dan Nota Kaki. Titik mula yang selamat.
Nota rasa: cuba ketiga-tiga sebelum pilih satu
MOQ: minimum 2 beg atau 1 Set Rasa setiap tempahan. Tempahan ditutup setiap Ahad 11:59 malam, biji dibakar hari Selasa dan dihantar Rabu atau Khamis. Gambar adalah ilustrasi. Kos pos dimaklumkan sebelum pembayaran.
| Cara minum | Cadangan |
|---|---|
| Kopi susu, kopi gula melaka | Kopi Petang — bakar gelap, tahan susu |
| Espresso, latte, moka pot | Bab Pertama — seimbang, manis |
| V60, aeropress, penapis | Nota Kaki — cerah, nota beri |
| Belum pasti | Set Rasa 3 × 50g — cuba semua |
Perlu bantuan menyeduh? Baca panduan V60 untuk pemula atau cara memilih biji untuk kopi susu.
Kafe indie? Kami juga membekalkan secara borong — minta sebut harga.
Kami hanya membakar biji kopi dan membuat dessert selepas tempahan diterima. Ini menjadikan produk lebih segar dan mengurangkan pembaziran. Tempahan biji ditutup setiap Ahad; dessert perlu ditempah sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal.
Biji kopi: minimum 2 beg atau 1 Set Rasa bagi setiap tempahan. Dessert: minimum 1 kotak atau 1 biji kek. Untuk kafe dan perniagaan, MOQ borong ialah 5 kg setiap pesanan.
Biji kopi dihantar melalui kurier ke seluruh Malaysia. Dessert hanya dihantar atau diambil sendiri di Pulau Pinang kerana ia mudah rosak.
Selepas anda menghantar tempahan, kami akan mengesahkan jumlah (termasuk kos pos) melalui WhatsApp. Pembayaran melalui pindahan bank atau DuitNow QR. Tempahan disahkan setelah bayaran diterima.
Boleh, selagi biji belum dibakar atau dessert belum dibuat — biasanya sehingga Ahad malam untuk biji dan 48 jam sebelum tarikh hantar untuk dessert. Selepas itu kami tidak dapat membatalkannya kerana produk sudah disediakan khas untuk anda.
Dessert kami boleh mengandungi gluten, telur, susu dan kacang. Jika anda mempunyai alahan, sila nyatakan semasa menempah dan kami akan memaklumkan bahan yang digunakan.
Resipi dessert dan menu kami tidak menggunakan alkohol atau bahan berasaskan babi. Namun kami masih perniagaan baharu dan belum memiliki sijil halal JAKIM. Kami akan memaklumkannya di sini apabila ia diperoleh.
Biji kopi: simpan dalam bekas kedap di tempat sejuk dan gelap, dan kisar sebelum seduh. Dessert: simpan dalam peti sejuk dan habiskan dalam masa yang dinyatakan pada kotak.